Saturday, 27 April 2013

CARA GUNA RUMPAI LAUT



CARA PENYEDIAAN RUMPAI LAUT

1.Keluarkan satu peket atau separuh (ikut suka).
2.Dibersihkan,cuci 3-4kali.
3.Direndam semalaman.dan dicuci lagi keesokkan hari. (air rendaman JANGAN buang..boleh buat rendam kaki @ cuci rambut.
4.Rebus dgn air 2 - 3 liter utk sepeket 100gram.
5.Biarkan mendidih dan isi collagen mula cair.Tapiskn.ambil gumpalan untuk buat masker.
6.Sejukkan dan letakkan dlm tupperware.Boleh dicampur dlm jus atau apa2 minuman..
**ambil 2-3 sudu besar bila2 masa saja dan cmpurkn dlm minumn..



PERHATIAN : 
  • Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita.. 
  • Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum & lebih cepat! banyakkan minum air kosong.. 






Cara Guna Masker


  1. Cuci muka dengan bersih untuk membuka pori2..
  2. Sapu masker rumpai yang telah disejukkan pada muka secara rata..Leher pun boleh sekali.
  3. Biarkan sehingga kering @ sekiranya tidak rimas boleh dibiarkan semalaman.
  4. Bilas dengan air setelah kering.
** Masker ini boleh disapu pada bila2 masa yang penting rajin.Baru lah nampak hasilnya.Baru lah Comey takkkk.... ;-)


Jom tengok resepi berasaskan Rumpai Laut...


RESEPI PMC SOYA RUMPAI LAUT



Cara penyediaan:

1. Basuh pure Collagen bersih-bersih, rendam selama satu malam,kemudian basuh lagi sekali bersih-bersih & masukkan dalam bekas..
2. masak ikut step seperti pic atas sekali.
3. Simpan
4. campur dengan air soya, takder bau, macam jelly cincau jer.


 PUDING COLLAGEN


BAHAN:
1/2 gelas rumpai laut ( YG sudah di blender atau dipotong )
4 gelas susu penuh krim
gelas gula
1 sudu kecil vanila
1 sudu kecil perisa strawberry ( tak nak letak pun bole atau diganti dengan pewarna )



Caranya: -

1. Susu di panaskan hingga mendidih
2. Tambah rumpai laut dan biarkan ia mereneh sehingga ia    memekatkan.
3. Tambah gula, vanila dan perasa strawberry. 
4. Masukkan dalam tempat 
5. Sejukkan dan letak dalam peti sejuk. 

AIS BATU CENDOL RUMPAI LAUT

BAHAN - BAHANNYA : -
1. Susu kental manis putih / coklat
2. air putih
3. ais batu
4. Sirap sesuai selera
5. Buah-buahan yang anda suka
6. Cincau hitam dipotong kecil-kecil untuk menambah kesegaran
7. Selasih
8. Nata de coco / sari kelapa
9. Rumpai laut ( 100gram )

CARA-CARANYA
Cara membuat ais campur secara berperingkat:

Pertama, siapkan tempat (mangkuk besar) untuk membuat kuah ais campur. Kenapa harus kuahnya dulu? Agar nanti sewaktu mengacau, bahan-bahan seperti buah-buahan tidak hancur. Siapkan Susu dan sirap secukupnya, lalu dicampur dengan air putih. Aduk hingga rata. Apabila kurang manis, boleh ditambah sirapnya lagi.

Kedua, Masukkan bahan-bahan ais campur ke dalam kuah ais campur yang telah disiapkan. Anda boleh menambah atau mengurangkan bahan-bahan ais campur sesuai selera. Untuk menambah kesegaran, anda boleh tambah cincau hitam atau rumpai laut.

Ketiga, masukkan ais batu ke dalam ais campur. Tuangkan susu lagi keatas ais yang sudah di parut agar terlihat cantik. Anda juga boleh menukar ais batu dengan ais cream sesuai selera anda. Sudah jadi ais campur anda


LAI CHEE KANG RUMPAI LAUT


Bahan-bahannya:
1. 15 biji kurma china
2. 15 biji longan kering
3. 15 biji kacang teratai (lotus) (rendam)
4. 15 gram gula batu
5. 10 gram gula merah
6. 5 gram snow fungus
7. 1 litter air
8. 35 gm rumpai laut (belum rendam)

Cara-caranya :-
1) Cuci dan rendam rumpai laut semalaman. Ia akan kembang seperti gambar diatas.
2) Potong rumpai laut kecil-kecil.. lebih kurang 1 inci
3) Panaskan air sehingga mendidih kemudian masukan bahan diatas (kecuali rumpai laut) selama 1/2 jam.
4) Matikan api dan biar air menjadi suam sedikit baru di masukan rumpai laut yang dipotong kecil.
5) Sedia diminum semasa suam atau pun sejuk..


Kerabu Rumpai Laut





Bahan-bahan ( sekali makan )

rumpai laut
sedikit mangga muda - potong nipis2
2 biji tomato - potong sesuka hati
1 ulas bawang besar - potong nipis2
cili padi - kuantiti sesuka hati
3,4 biji limau nipis
garam dan sos ikan**optional

Cara-cara

  1. potong rumpai laut, basuh dgn bersih, ramas dgn garam n potongkan then toskan
  2. gaulkan semua bahan, perah limau n ready to eat..(kalau rasa dia xmenepati citarasa..pepandai la modified..)
  3.  dah siap pun..


KERABU SOTONG RUMPAI LAUT

Bahan-bahan:
10 ekor sotong sederhana besar, dipotong dan rebus sekejap.
5 biji cili padi*
sedikit belacan goreng*
1 btg serai*
(*semua ni dikisar halus)
1biji bawang besar dipotong dadu
1 biji tomato sederhana besar dipotong dadu
beberapa helai daun kesum dipotong halus
                                                                                   1 batang bunga kantan dipotong halus
                                                                                   1 sudu besar gula
                                                                                   2 sudu besar sos ikan
                                                                                   2 biji limau nipis
                                                                                   100 gram rumpai laut yang telah direndam semalaman

Cara-caranya, campurkan semua bahan dan tambahkan kerisik serta garam dan gula secukup rasa. Kepedasan bergantung kepada selera masing2. Sedap dimakan bersama-sama ikan terubuk masin.

KERABU DAGING RUMPAI LAUT

Bahan - Bahan:
1. Daging yang telah dibakar/panggang - hiris nipis

2. Rumpai laut -direndam semalaman (potong kasar)
3. 1 labu bawang besar - dimayang
4. 1 ulas bawang putih - hancurkan sedikit
5. Daun ketumbar - dihiris halus
6. Daun Pudina - dihiris halus
7. 3 biji cili padi - dihiris halus
8. Sedikit kicap sotong
                                                      9. Sedikit gula
                                                     10. 1 biji limau nipis
                                                     
11. 1 biji tomato - dibelah saiz yang sesuai

Cara cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan yang telah dihiris ke dalam mangkuk. Gaul sekata, perasakan dan sesuaikan rasa dengan gula, kicap sotong dan perahan limau nipis.
2. Biarkan seketika supaya semua bahan mesra sebelum dinikmati.


RESEPI TELUR PUYUH RUMPAI LAUT

Bahan-bahan:
20 biji telur puyuh
20 gm suun goreng
10 gm rumpai laut direndam seketika
1 ulas bawang putih – ditumbuk lumat
3 ulas bawang merah – ditumbuk lumat
1/2 kiub pati ayam
1 biji tomato – dikisar dan ambil airnya
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu besar cili kisar
                                                     3 sudu besar sos tomato
                                                     Minyak untuk menumis

Cara Menyediakan:
1. Rebus telur puyuh hingga masak dan buang kulitnya. Kemudian goreng hingga kekuningan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar, pati ayam, jus tomato dan sos tomato.
4. Kacau hingga rata, kemudian masukkan telur. Kacau lagi hingga rata.
5. Masukkan rumpai laut dan taburkan serbuk lada sulah.
6. Setelah masak, angkat dan susun di atas suun yang telah digoreng. Hias dan hidangkan.

Sumber dipetik daripada : -
http://www.santapanistimewa.my/resipi-telur-puyuh-rumpai-laut/



FRUIT COCKTAIL WITH SEAWEED


BAHAN - BAHAN
100 GRAM RUMPAI LAUT YANG SUDAH DIRENDAM DAN DIBILAS, TOS 3-4 KALI
1 TIN BUAHAN CAMPUR
AIR SEJUK
AIS



CARA-CARANYA
  1. POTONG KECIL-KECIL RUMPAI LAUT TERSEBUT
  2. SEDIAKAN MANGKUK
  3. MASUKKAN 1 TIN BUAH CAMPUR DAN RUMPAI LAUT YANG DIPOTONG-POTONG KECIL DAN AIR KEDALAM MANGKUK YANG DISEDIAKAN
  4. GAULKAN
  5. UNTUK LEBIH SEDAP , TAMBAH AIS


Sup Rumpai Laut
Rumpai laut atau  nama glamournya...Dry seaweed......Biasanya kalau melihat cerita bersiri Korea, sup rumpai laut nie sesuai dimakan oleh mereka yang lepas berpantang. Dalam keluarga TinTa, Aiman yang suka makan sup rumpai laut nie, dia panggil sup nie, Sayur hitam.Mungkin semasa kecil dia dijaga oleh neneknya, tulah sebab anak saya nie mengikut selera neneknya suka mkn sup dan sayur.

BAHAN-BAHAN

air secukupnya
RumPai Laut(direndam dan dicuci)..toskan
6 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar(biar camtu je)
kiub ayam
sedikit isi ayam dicincang(nak guna udang pun boleh)
telur dua biji
sedikit halia diketuk
Tomato(nak letak apa2 sayur pun boleh)
bawang putih dan merah goreng(optional)
Daun Sup
sedikit batang celery dihiris
sedikit minyak masak utk menumis

CARA-CARA MEMBUATNYA
  • Tumiskan bawang  bawang putih yang ditumbuk dan diketuk setelah naik bau
  • masukkan sedikit halia.
  • masukkan isi ayam
  • bila isi ayam dah hampir masak masukkan telur
  • Bila dah agak garing isi ayam dan telur masukkan air dan juga bawang besar
  • bila dah mendidih masukkan batang celery dan rumpai laut
  • Akhir sekali baru masukkan tomato,bawang goreng dan juga daun sup...



    VIDEO CARA MENGGUNAKAN RUMPAI LAUT.









No comments:

Post a Comment