
ADAKAH RUMPAI LAUT MENGANDUNGI COLAGEN???
Isu mengenai rumpai laut yg tidak mengandungi protien (kolagen),hanyalah satu teknk buruk dalam perniagaan . kehadiran rumpai laut mentah dalam pasaran menyebabkan byk produk collagen tidak jalan kerana rumpai laut tidak semahal manapun dan berbaloi utk kecantikan luaran dan dalaman ..
Bukti yg menyatakan Rumpai Laut membantu mengekalkan kolagen dlm kulit-Dr Muta Harah Zakaria.. Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM Sumber:Berita Harian. Isnin, 15hb April 2013 petikannya: "rumpai laut mengandungi kandungan mineral,asid amino dan beta karotein yang tinggi bagi membantu mengekalkan KOLEGEN dalam kulit".. Bukti yg menyatakan Rumpai Laut membantu mengekalkan kolagen dlm kulit-
Dr Muta Harah Zakaria..
Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM
Sumber:Berita Harian. Isnin, 15hb April 2013
Pengiktirafan Kajian Penyelidik Universiti Malaysia Sabah Mengenai Pure Marine Collagen Rumpai Laut Asli
Hasil kajian daripada seorang penyelidik daripada Universiti Malaysia Sabah, Profesor Ismail Abdul Rahman telahpun diiktiraf oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) dimana beliau merupakan salah seorang penyelidik dalam Projek Pembangunan Industri Rumpai Laut Negara.
Profesor Ismail Abdul Rahman membuat penyelidikan rumpai laut menggunakan syarikat beliau sebelum ini iaitu Borneo Sein Sdn Bhd. Pilot project ini dipantau dan dibiayai oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Kini, beliau telah menubuhkan syarikat baru iaitu Aquamas Sdn Bhd.
Potensi Pasaran Rumpai Laut
Setakat januari 2009, telah dikenal pasti sejumlah 1067 jenis produk dapat dihasilkan dengan rumpai laut. Antara produk tersebut adalah sebagai bahan makanan kesihatan, perubatan, industri kimia, cat, kecantikan dan lain-lain. Permintaan (demand) rumpai laut adalah sangat jauh berbanding penawaran (supply), oleh itu potensi industri ini adalah sangat cerah.
Kajian Pure Marine Collagent Eucheuma Cottonni
Spesis rumpai laut yang paling lengkap dan serasi dengan tubuh badan manusia adalahEucheuma Cottonni.
Komposisi Pemakanan Eucheuma Cottonni
Oleh: P. Matanjun, S. Mohamed, K. Muhammad & N. M. Mustapha (University Sains Malaysia, Sabah, University Puetra Malaysia, Serdang)
Serat Pemakanan, Karbohidrat, Protein, Asid Lemak, Garam Elektrolit, Garam Mikro, Vitamin B Kompleks, A, C, D dan lain lain lagi.
Serat Pemakanan: 25.05%
a) Serat Larut – 18.25% – Agar, Carrageenan, Sulfated Xylans dan lain lain lagi.
b) Serat Tidak Larut – 6.80% – Cellouse, Mannans.
Faedah Dan Aplikasi
Kebanyakan Serat Terlarut berkesan untuk merendahkan paras kolesterol dan paras gula dalam darah, amat sesuai untuk mencegah penyakit jantung. Serat Terlarut juga dilihat sebagai makanan yang mempunyai fungsi baik bagi mencegah gejala metabolisma gula, amat berkesan untuk mencegah Diabetes. Manakala kesan Serat Tidak Larut lazimnya mempercepatkan pergerakan saluran penghadaman.
Serat Pejal – 5.91%
Seperti kanji Floridean, Iso-Floridoside, Sorbitol.
Faedah Dan Aplikasi
Sorbitol dirujuk sebagai pemanis pemakanan kerana ia memberi tenaga 2.6 kilokalori (11kilojoules /gram). Ia juga bertindak untuk menarik air ke dalam usus besar bagi merangsang pergerakan usus serta pembuangan sisa pepejal. Amat berguna bagi pembersihan usus , khususnya untuk mencegah perut buncit dan obesiti.
Pakar perubatan menganggap perut buncit sebagai sarang penyakit! Semua penyakit bermula dari perut. Jika tembolok dilayan dengan sepenuhnya, perut yang besarnya hanya sebesar penumbuk, tidak mampu menjalankan tugasnya dengan sempurna, akibatnya, makanan tidak dapat dicerna sepenuhnya, malah akan terperap, mereput dan membusuk.
Hasilnya sembelit, nafas berbau, peluh berbau dalam jangka masa panjang wujudlah pelbagai penyakit kronik seperti Diabetes, Obesiti, dan kemuncaknya, Barah.
Eucheuma adalah sejenis spesis rumpai laut yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di negeri Sabah, Malaysia Timur. Ianya bleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau medium air yang bergerak perlahan. Kajian saintifik menunjukkan Eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses asas bio-kemikal dan bio-teknologi. Teknologi memelihara dan membangunkan rumpai ini masih dibangunkan lagi untuk mendapatkan hasil yang tinggi dan kualiti yang terbaik. Saya ada melawat projek ini tidak lama dulu dan memang berpotensi untuk pergi lebuh jauh.
Nak tau camne pelihara rumpai laut ni??
FAKTA
_Membangun estet rumpai laut Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
mailto:ashriq.ahmad@utusan.com-
Perladangan secara konvensional dilihat mampu mengurangkan kualiti rumpai laut berbanding kaedah estet yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan. Sejarah rumpai laut di Malaysia bermula sejak tahun 1978 lagi di Pulau Karindingan, Semporna Sabah. Ketika itu rumpai laut ditemui tumbuh secara semula jadi dan taburan rumpai laut tersebut telah ditemui oleh seorang penyelidik dari Universiti Hawaii iaitu Profesor Maxwell S. Doty. Beliau telah membawa balik sampel rumpai laut ke makmal di Amerika Syarikat untuk tujuan identifikasi dan menamakannya sebagai Kappaphycus alvarezii. Nama tersebut adalah sempena nama seorang ahli biologi dari Filipina iaitu Vicente Alvarez. Selepas identifikasi tersebut, rumpai laut dari jenis Kappaphycus alvarezii diperkenalkan secara meluas di Sabah dan ia mula dikomersialkan pada tahun 1989. Rumpai laut merah Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood, industri rumpai laut telah dikenalpasti dapat memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara. "Industri ini mempunyai nilai komersial berdasarkan kegunaannya sebagai bahan mentah bagi penghasilan produk farmaseutikal, kosmeseutikal dan nutraseutikal. "Malaysia juga merupakan antara negara penyumbang kepada pengeluaran rumpai laut merah dari spesies Eucheuma dan Kappaphycus," ujarnya. Beliau menyatakan demikian pada majlis pelancaran Pameran Rumpai Laut yang disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di Tawau, Sabah baru-baru ini. Khasiat rumpai laut sememangnya telah diketahui umum, ia kaya dengan vitamin A,C dan E serta memiliki peranan penting dalam pelbagai industri seperti makanan, tekstil, cat, perubatan dan sebagainya. Pada tahun lalu pengeluaran rumpai ,laut ialah kira-kira 20,000 tan metrik bernilai RM60 juta. Perusahaan tersebut kini telah menjadi sumber pendapatan kepada lebih 1,000 nelayan yang mengusahakan hampir 7,000 hektar kawasan pengkulturan rumpai laut di sekitar perairan Pantai Timur Sabah. Daerah Semporna, Kunak dan Lahad Datu di Sabah merupakan kawasan yang amat sesuai untuk pengkulturan rumpai laut kerana kedudukannya di dalam kawasan Segitiga Batu Karang yang dikongsi antara Malaysia, Filipina dan Indonesia. Malah, Sabah juga merupakan antara negeri yang memiliki pesisir pantai yang luas berbanding negeri-negeri lain di negara ini iaitu seluas 47,000 kilometer. Menurut Noh, Jabatan Perikanan telah mengenal pasti lebih daripada 80,000 hektar kawasan perairan pantai Sabah yang berpotensi untuk dimajukan dalam projek pengkulturan rumpai laut secara komersial. "Hari ini projek pengkulturan rumpai laut telah sedia menjadi salah satu landskap pembangunan sosio-ekonomi di perairan pantai Semporna. "Kementerian Pertanian sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri sama ada begitu yakin menyambut tanggungjawab untuk menjayakan rumpai laut sebagai salah satu komoditi Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)," katanya. Namun, perusahaan rumpai laut oleh nelayan tempatan masih dilakukan secara kaedah pengkulturan tradisional dan begitu juga dengan pengendalian hasilnya. Ia sekali gus mewujudkan keadaan pergantungan kepada tenaga buruh yang terlalu ramai dan kualiti hasil yang tidak terjamin. Pengeluaran rumpai laut dijangka meningkat daripada 20 ribu tan metrik pada tahun 2010 kepada 39 ribu tan metrik pada tahun 2020 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 10 peratus setahun. Mini Estet Peningkatan tersebut akan tercapai melalui pertambahan kawasan termasuk pembukaan kawasan baru di Semenanjung Malaysia. Antara spesies yang akan dikembangkan adalah dari spesies Gracillaria khusus untuk kawasan pengkulturan di Semenanjung dan Sarawak. Bagi mencapai sasaran 39 ribu tan metrik pada tahun 2020, Jabatan Perikanan melalui Jabatan Perikanan Negeri Sabah telah merancang pembangunan yang tersusun melalui Zon Industri Rumpai Laut Negara. Ia akan dilengkapi infrastruktur asas dan lain-lain sistem sokongan industri dengan perbelanjaan awal sebanyak RM7.15 juta bagi memacu industri rumpai laut di Sabah. Jabatan Perikanan turut bekerjasama dengan beberapa institusi penyelidikan tempatan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), SIRIM Berhad dan institusi-institusi pengajian tinggi. Pada masa yang sama jabatan turut menubuhkan Jawatan Kuasa Teknikal Rumpai Laut sejak tahun 2008 lagi. Ia bertujuan menjalankan usaha kajian dan pembangunan (R&D) rumpai laut dalam pelbagai komponen rantaian nilai industri. Antaranya, R&D bersama Universiti Sains Malaysia (USM) yang memberi komitmen untuk mewujudkan teknologi pengkulturan bagi merangsang pengeluaran rumpai laut dari spesies Gracilaria. Kerjasama jabatan bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) pula akan membangunkan dua projek iaitu Projek Penghasilan Teknologi Pembenihan spesies Eucheuma dan Kappaphycus yang berkualiti tinggi. Manakala satu lagi adalah Projek Pengkulturan Rumpai Laut Secara Mini Estet membabitkan kos keseluruhan projek sebanyak RM4.51 juta. Kedua-dua projek tersebut dijangka memberi manfaat kepada hampir 1,000 orang pengusaha rumpai laut. Turut terlibat adalah SIRIM Berhad dalam enam program yang melibatkan pembangunan teknologi pengkulturan, pengendalian hasil, pemprosesan, penjenamaan dan pembungkusan. Kebanyakan hasil program ini akan diperhalusi sebelum ia dikembangkan kepada pihak industri. Sesungguhnya tanpa kerjasama daripada pihak yang terlibat, pembangunan industri rumpai laut negara pasti akan bergerak perlahan. Namun apa yang lebih penting, pembangunan industri rumpai laut ini mampu memberi impak positif dari segi peningkatan taraf hidup rakyat serta ekonomi negara.
SUMBER : Utusan Online Agrobiz
JANGAN LUPA KLIK INI http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0430&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
KEISTIMEWAAN PURE MARINE COLLAGEN :
- Nilai nutrisi kolagen ni 10 kali ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu
- Khasiatnya sama dengan sarang burung layang2 (RM 400 hingga ribuan ringgit)
- 24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang2
- Kalsium 37 yang lebih tinggi daripada hati ikan PH bernilai 7.6
- Di tanam secara organik,bebas 100% daripada bahan kimia
-Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON,
-peningkatan PAYUDARA
-Anti-bakteria,
-membuang TOKSIN
-Menghilangkan SEMBELIT
-Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension
-MENCANTIKKAN KULIT,
-MELICIN dan MENEGANGKAN kulit serta PAYUDARA (anti penuaan)
-Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)
-Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
-Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT,
-mengurangkan KEDUTAN, TEMPAT HITAM, SELULIT DAN JERAWAT juga RESDUNG
-Membantu meningkatkan METABOLISME
-Meningkatkan fungsi stomatch
-Membantu menghapuskan nefritis(radang buah pinggang), Arthritis (sendi tulang),
-Menguatkan saluran darah, mengurangkan penyakit sendi, kecacatan kolagen, darah
badan dan purpura haemorrhagica
-Meningkatkan PEREDARAN DARAH, dingin dan mencegah sakit bahu
-Berkesan bagi orang-orang yang telah sarcoma atau TUMOR
-SLIM UP abdomen dan PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang
-Mencegah ANEMIA
-Mampu meningkatkan penghasilan susu ibu
-Memperbaiki masalah pengelihatan & batuk
-Mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan ligamen serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya.
-Sesuai utk ibu mengandung 6 bulan ke atas (2 sudu shj)
-Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
-Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT,
-mengurangkan KEDUTAN, TEMPAT HITAM, SELULIT DAN JERAWAT juga RESDUNG
-Membantu meningkatkan METABOLISME
-Meningkatkan fungsi stomatch
-Membantu menghapuskan nefritis(radang buah pinggang), Arthritis (sendi tulang),
-Menguatkan saluran darah, mengurangkan penyakit sendi, kecacatan kolagen, darah
badan dan purpura haemorrhagica
-Meningkatkan PEREDARAN DARAH, dingin dan mencegah sakit bahu
-Berkesan bagi orang-orang yang telah sarcoma atau TUMOR
-SLIM UP abdomen dan PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang
-Mencegah ANEMIA
-Mampu meningkatkan penghasilan susu ibu
-Memperbaiki masalah pengelihatan & batuk
-Mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan ligamen serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya.
-Sesuai utk ibu mengandung 6 bulan ke atas (2 sudu shj)
Mi sayur diperbuat daripada rumpai laut memang tidak asing kepada mereka yang menjaga kesihatan dan pengamal makanan berasaskan sayur (vegetarian) di negara seperti Jepun dan Filipina.
Mereka mengetahui faedah kesihatan daripada rumpai laut ini dan telah menghasilkannya sejak sekian lama.
Kini, Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu telah menghasilkan mi yang boleh meningkatkan kandungan serat dalam diet kepada lebih 30 peratus berbanding mi biasa.
"Mi biasa hanya mengandungi kadar serat sekitar 0.5 peratus sahaja," kata Pakar Sains Pemakanan UMS, Dr. Ismail Aswawi Kassim, Chan Pei Teng dan Norhafizah Ismail, yang memenangi pingat perak pada Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2010 yang diadakan tahun lepas.
Produk berkenaan adalah hasil daripada penyelidikan mereka selama dua tahun yang mendapat tajaan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Rumpai laut dari jenis Red Kappaphycus alvarezi dan Caulerpa lentillifera yang membiak dengan banyak di perairan Sabah terutama di pantai bahagian timur, dipilih untuk projek berkenaan berikutan kandungan kesihatan yang baik.
"Selain serat diet, rumpai laut ini juga kaya dengan sumber mineral, protein dan vitamin. Ia mengandungi jumlah lipid yang rendah dan jumlah Omega-3 yang mencukupi," katanya.
Kajian yang dilakukan di peringkat antarabangsa mendapati bahawa Omega 3, asid lemak yang penting, boleh membantu merendahkan trigliserida dan meningkatkan kolestrol HDL (kolestrol baik).
Ia juga boleh bertindak sebagai antikogulen dan mengelakkan pembekuan darah. Kajian juga menunjukkan bahawa Omega 3 boleh membantu merendahkan tekanan darah tinggi.
Patricia Matanjun, yang juga pensyarah kanan Teknologi Makanan dan Bioproses di universiti itu berkata, mi sayur yang dihasilkan mereka tidak mempunyai bahan penambah rasa atau pengawet.
"Tidak terdapat garam - ia amat rendah natrium, kerana ia akan meningkatkan hipertensi. Malah, tidak terdapat monosodium glutamate. Perasanya adalah dari amino asid dan semulajadi. Tidak terdapat pewarna tiruan - warna yang anda lihat adalah dari klorofil dan pigmen karotenod rumpai laut itu sendiri," jelas beliau.
Beliau yakin bahawa tarikan produk berkenaan terletak pada nilai anti-oksidannya yang tinggi.
"Antioksidan, seperti yang diketahui adalah baik untuk kesihatan yang berkaitan dengan jantung. Kajian kami menunjukkan bahawa kandungan anti-oksidan di dalamnya meningkat selepas dididih," katanya.
Mi berkenaan hendaklah dididih untuk selama lima hingga tujuh minit sebelum dimakan. Nutrien yang lain juga kekal stabil meskipun melalui suhu panas, demikian menurut Matanjun.
Dengan mengambil kira 30 peratus daripada hampir 28 juta penduduk Malaysia kini adalah vegetarian (beragama Buddha, Hindu dan lain), ia memang mempunyai potensi dalam pasaran.
Matanjun berharap dapat melihat hasil-hasil penyelidikan digunakan dalam perniagaan negara ini. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun, dengan kapasiti sebagai anggota Exco Pendidikan negeri bersependapat dengan beliau pada Malam Apresiasi Penyelidikan UMS baru-baru ini.
"Kami bersedia untuk dikomersialkan namun kilang dan mesin kami hanya boleh menghasilkan jumlah yang kecil seumpama industri kecil.
"Oleh itu, kami memerlukan rakan kongsi. UMS akan menyalurkan teknologi dan formula, manakala rakan kongsi berkenaan akan mengendalikan pengeluaran dan pemasaran,''ujarnya.
Beliau turut menyatakan bahawa UMS telah menghasilkan 50 formula berasaskan rumpai laut yang boleh dikomersialkan pada bila-bila masa.
"Jadi senarai produk yang boleh diceburi oleh industri bukan hanya terhad kepada mi sayur sahaja", katanya.
Matanjun berkata, satu 'tinjauan rasa' melibatkan 100 pelanggan di pasar raya tempatan memberi maklum balas yang menggalakkan.
Sementara itu, Leong Kun Lan, seorang penganut Buddha dalam lingkungan umur 50-an dan seorang yang mementingkan kesihatan berkata, beliau sudah tentu menyukai mi sayur berbanding yang biasa.
"Sudah tentu saya menghargai produk yang dihasilkan sendiri oleh universiti tempatan kita.
"Namun rasanya juga hendaklah bagus dan harganya kompetitif. Pengiklanan juga perlu dilakukan untuk tujuan promosi dan penekanan hendaklah tertumpu kepada aspek nutrisi," katanya.
Mohammed Ismail, 20, seorang pembantu jualan di sebuah pasar raya berkata beliau memakan mi hampir setiap hari.
"Ia adalah makanan kesukaan saya dan mudah disediakan. Saya tahu ia bukanlah suatu yang sihat tetapi jika anda berkata bahawa mi rumpai laut ini berkhasiat saya sudah pasti memilihnya dengan syarat rasanya sedap dan tidak begitu mahal," katanya.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor UMS (Penyelidikan dan Inovasi) Prof. Dr. Rosnah Ismail, berkata, universiti itu sekarang ini mempunyai lebih daripada 20 inovasi yang telah dipatenkan.
"Saya gembira kerana akademi kita memberi tumpuan bukan sahaja kepada syarahan malahan kepada penyelidikan. Ia menjadi pelengkap antara satu sama lain.
"Kami menerima banyak sokongan bagi penyelidikan dalam bentuk pembiayaan daripada kementerian dan organisasi antarabangsa yang berkenaan,'' katanya lagi.
Apa yang kami sangat-sangat perlukan sekarang ini ialah sokongan industri agar dapat kami terjemahkan inovasi dan reka cipta kami kepada masyarakat atau yang memanfaatkan pengguna," katanya.
sumber: Utusan Malaysia Online
RUMPAI LAUT GANTI GARAM
Rumpai laut mempunyai banyak kebaikkan dan khasiat. Rumpai laut juga boleh digantikan sebagai
perasa dalam makanan harian kita iaitu GARAM. Ikuti maklumat mengenainya .....
perasa dalam makanan harian kita iaitu GARAM. Ikuti maklumat mengenainya .....
PROF DR SUHAILA menunjukkan estrak rumpai laut (cardio mate) dan kapsul rumpai laut.
Penyelidik UPM hasil KardioMate atasi masalah kesihatan
SERDANG: Selepas penyelidikan selama sembilan tahun dengan geran berjumlah RM500,000, sekumpulan
penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan produk alternatif kepada garam.
penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan produk alternatif kepada garam.
Dinamakan KardioMate yang dihasilkan daripada rumpai laut dan darat, ia didapati memberi manfaat
kesihatan kepada pesakit kardiovaskular (CVD).
kesihatan kepada pesakit kardiovaskular (CVD).
KardioMate juga sesuai untuk semua pengguna berusia empat tahun ke atas, ter-utama bagi penghidap
tekanan darah tinggi serta masalah kesihatan lain seperti obesiti, diabetes, kanser, tiroid dan kolestrol tinggi.
Penyelidik Institut Biosains, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM),
Prof Dr Suhaila Mohamed, berkata KardioMate mempunyai ciri antioksida yang tinggi, kandungan
natrium yang rendah serta kaya dengan serat dan mineral penting seperti magnesium, kalsium,
kalium, iodin, zink, kuprum dan selium.
“Menerusi kajian terhadap haiwan di makmal, KardioMate didapati mengawal tekanan darah
yang berlebihan, membantu mengurangkan berat badan serta melindungi mata, hati, jantung, ginjal,
tulang, kulit, otak dan saluran darah.
“Selain itu, ujian makmal juga menunjukkan ia berjaya membunuh kanser sel manusia terutama
kanser payudara,” katanya pada sidang media Putra Cipta di UPM, semalam. Hadir sama
Pengarah Institut Biosains UPM, Prof Dr Fatimah Yusof.
Dr Suhaila berkata, KardioMate mempunyai aktiviti antimikrobial yang membantu melambatkan
kerosakan makanan, pada masa sama merencatkan kenaikan gula dalam darah serta mengawal
tekanan darah berlebihan.
“Berbanding garam biasa, KardioMate memiliki ciri antioksida yang baik untuk kesihatan dan
kesegaran makanan. Selain garam alternatif, ia boleh dijadikan sebagai perasa masakan,
sos, snek atau dicampur dalam aiskrim dan minuman.
“Serat rumpai laut ini juga boleh dijadikan bahan kosmetik dan krim topikal memandangkan
antibodi yang dihasilkannya sama seperti gamat yang kini luas dikomersilkan.
“Saya berharap ada pihak industri akan bekerjasama dengan UPM Holdings mengkomersilkan
rumpai laut ini. Saya mencadangkan ia dijual pada harga RM8 bagi setiap botol 80 gram.
Walaupun agak mahal berbanding garam biasa, KardioMate sesuai untuk golongan berisiko,” katanya.
Dipetik daripada :
Untuk lebih informasi maklumat cerita rumpai laut ganti garam sila tekan link dibawah : -
Maklumat Rumpai laut
Rumpai laut terkenal sebagai salah satu “superfood orang timur” kerana sifat alkalinenya yang kuat, juga mengandungi kandungan protein yang tinggi disamping beberapa mikronutrien penting, ciri-ciri yang mana mirip seperti bayam.
Secara amnya, rumpai laut ada berbagai jenis dan species (dipecahkan kepada 3 jenis iaitu algae hijau, algae perang, dan algae merah). Ia tumbuh di kawasan air masin (laut) dan tertumpu pada kawasan yang cetek agar dapat menerima cahaya matahari yang cukup untuk menjalani proses fotosintesis. Memandangkan ia kekurangan sifat seperti tumbuhan yang lengkap (bersifat ringkas), ia memerlukan “sokongan” struktur untuk berpaut dan tumbuh. Itulah sebabnya Rumpai Laut seringkali dilihat tumbuh di kawasan laut yang cetek dan berbatu.

.jpg)



Titanium Trim Reviews
ReplyDeleteWho is titanium glasses frames the creator of The Trim? I believe that he titanium wedding bands for men has titanium white dominus a 출장마사지 vast array of great books and microtouch titanium some great prizes including the best in our lists.