Selamat datang ke AK Beauty site...
Kami menawarkan produk kecantikan berasaskan Rumpai Laut @ Pure Marine Collagen dengan harga yang berpatutan samada runcit atau borong.
Mesti ramai yang tanya macam2 tentang rumpai laut ni kan...Jom renung2kan...
Soalan : APA PERBEZAAN UTAMA GRED AAA DAN AA
SELALUNYA.. SY SARANKAN UTK GRED AAA LEBIH KEPADA SESIAPA YG MENGHIDAPI PENYAKIT KRONIK, MANAKALA YG KUNING UTK KECANTIKKAN....YANG MENDPT SMBUTAN ADA DUA SETAKAT INI, UNGU DAN KUNING EMAS..DUA DUA OK..TP JIKA PERMULAAN NAK CUBA..GUNA KUNING DULU PASTU CUBA YG UNGU...UNGU TINGGI SIKIT NUTRISI
Soalan : ADA PUTIH2 KAT KOLAGEN
TU HABLUR GARAM, AGEN ANTIBAKTERIA SEMULAJADI RUMPAI KERING DAN kerana sifat semula jadinya yang berasal dari lautan.Semakin ia kering , semakin ia mengeluarkan banyak garam dan semakin ringan. . JGN RISAU..IA MUDAH DIBERSIHKAN DENGAN AIR.
Soalan : UNGU LEBIH BERBAU HANYIR..MCM NA NAK ILANGKAN BAU?
BASUH TERLEBIH DAHULU DENGAN AIR PUTIH 6X..PASTU BASUH SEKALI TAW DUA KALI DENGAN AIR ASAM JAWA..PASTU BERSIHKAN G DENGAN AIR PUTIH..DAN TU MASA RENDAM..RENDAM DGN DAUN PANDAN..MSA REBUS...GUNA DAUN PANDAN GAK...BAU AKAN HILANG...
Soalan : ORIGINAL KE KOLAGEN NIH?
SETAKAT NIH..BELUM ADA LAGI CIPTAAN MANUSIA YG BOLEH MENIRU RUPABNTUK RUMPAI LAUT INI..MAKNANYA...SEMUA RUMPAI YG DITAWARKAN ORIGINAL RUMPAI LAUT ECOTTANI
Soalan : ADA EXPIRED KE RUMPAI NIH?
JIKA PLASTIK XDIBUKA...TEMPOH BAIK DLM SETAHUN..JIKA DISIMPAN D PETI ASI KAT DROWER SAYUR SAYURAN TUE..LAGI LAMA BERTAHAN...JIKA DAH MASAK..JGN SIMPAN KAT LUAR PETI AIS LAMA2 K...IA CEPAT ROSAK DAN BASI...
Soalan : BERAPA HAD UMUR PENGGUNA KOLAGEN NI
UMUR 7 HINGGA 12 TAHUN..GUNA STENGAH SUDU 2 KALI SEHARI...UMUR 12 TAHUN KEATS BOLEH MKN SESUDU ATAU LEBIH 3X SEHARI.ORG MENGANDUNG BAIK AMALKAN SELEPAS 4 BULAN USIA KANDUNGAN..ANDA AKAN MENDAPTKAN BAYI YG COMEL DAN BERKULIT PUTIH...
Soalan :KENAPA RUMPAI NIH BERBEZA2 WARNA YA..KDG2 ADA PUTIH,KUNING DAN KUNING COKLAT
SEBAB..IA BERGANTUNG PADA CUACA..LAU CUACA OK..WARNA RUMPAI KERING AKAN CANTIK..JIKA CUACA MENDUNG JE SELALU..MAKA WARNA PUN AKAN BERUBAH...NAMUN..IA MASIH MMPUN YAI NUTRISI DAN KANDUNGAN YANG SAMA..
SEBAB..AIR YG ANDA GUNAKAN BERKEMUNGKINAN TERLEBIH...BAIK GUANAKAN 1.5 LITER AIR SAHAJA MASA MEREBUS...
Soalan :Saya sekarang mengandung dan tengah makan PMC tetapi muka saya masih berjerawat. Kenapa ya?
Ada 2 kemungkinan,
Pertama kemungkinanan badan anda tengah mengeluarkan toksin kerana salah satu kesan penggunaan PMC adalah mennyah toksikkan badan .
Kedua, kemungkinan badan anda tidak memberi tindak balas terhadap PMC tetapi menyerapan PMC anda disalurkan pada bayi anda. Kekadang apa yg Si Ibu makan hasilnya tidak pada si ibu tetapi pada si Anak yang dikandung.
Soalan : Kalau kanak-kanak boleh makan tak ?
Kanak-kanak antara umur 1 dan 14 memerlukan iodin kurang daripada bayi atau dewasa. Antara umur 1 dan 8, kanak-kanak memerlukan 90 mcg iodin setiap hari untuk kekal sihat. Kanak-kanak antara 9 dan 14 memerlukan 120 mcg sehari. Bayi memerlukan tahap yang lebih tinggi iodin, walaupun mereka dengan mudah akan mendapatkan ini dari susu ibu, dengan mengandaikan ibu tidak kekurangan. Bayi memerlukan 110 mcg sehari antara kelahiran dan 6 bulan umur. Bayi antara 6 dan 12 bulan memerlukan 130 mcg setiap hari.
Soalan : Saya dalam masa MENOPAUSE , adakah selamat untuk saya makan PMC ini ?
Iya, selamat dan disarankan untuk memakan PMC ini kerana PMC ini menstabilkan hormon bagi masalah yang di alami oleh sesetengah wanita yang tengah menopause
Soalan : Adakah khasiatnya bertukar sekiranya PMC dimakan atau diminum dengan bahan lain?
Tidak. khasiat di dalam PMC tidak boleh bertukar dengan sekadar campuran lain. Ia hanya boleh ditukar dengan haba yang sangat tinggi kerana ia bersifat PROTEIN.
Soalan :PMC ini ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia ? atau ada tanda Halal?
Bagi saya PMC ini tidak perlu ada tanda halal atau kelulusan KKM. Seperti mana anda beli ikan masin kering , iya masih bahan mentah yang tidak perlu kelulusan KKM atau tanda halal sebab anda tahu ia halal dan untuk pastikan ia bersih anda perlu cuci sebersih-bersihnya untuk makan PMC.
Soalan :Kenapa ada pembekal yang hantar berat tidak mengikut jualan yang dipaparkan
PMC semakin lama , semakin mengeluarkan garam dan semakin kering. Semakin ia kering , ia sekali gus mengurangkan berat. Tidak hairan sekiranya pembekal mengirim barangan anda 1kilogram tetapi yang sampai ke tangan pelanggan adalah 9.80 kilogram.
Soalan : Saya telah makan PMC gred AAA selama 3 hari , tetapi Buah dada saya dan Miss V saya berdenyut- denyut...adakah ia normal?
Iya , ia adalah normal. Setiap orang mempunyai sistem penerimaan badan yang berlainan. Anda mendapat kesan pada menaikkan buah dada dan mengetatkan miss V. Sesetengah orang pada kecantikkan atau kesihatan.
Soalan :Kenapa ada jenis RUMPAI LAUT yang kecil dan besar? Adakah ia tidak cukup matang semasa ditanam atau di petik?
RUMPAI LAUT ada beberapa jenis dan tidak RUMPAI LAUT yang anda dapati lain penanam , lain jenis RUMPAI LAUTnya. Mengikut jenis yang mereka tanam dan bukan kerana tidak cukup matang semasa menuai. Berikut adalah gambar yang boleh anda rujuk dan sebagai bahan bukti bahawa RUMPAI LAUT di Malaysia adalah pelbagai mengikut spesisnya.
PROSES PEMULIHAN DAN TINDAK BALAS KETIKA MAKAN RUMPAI LAUT
Antara proses penyembuhan makan kolagen rumpai laut
>>jangan risau, proses ini hanya di awal pengambilan sahaja untuk membaik pulih badan yang sudah lama menyimpan banyak toksin.(anggaran 1 hingga 2 minggu begantung pada tubuh badan seseorang .teruskan pengambilan kolagen jangan SKIP. badan kita dah masuk macam-macam makanan , bahan-bahan kimia , rumpai laut berupaya membersihkan bahagian dalaman tubuh kita.ia umpama detox membuang segala toksin dan lemak-lemak yang sudah tersimpan berpuluh-puluh tahun lepas... anda akan dapat hasil yang memuaskan..... ada juga yang tidak ada langsung merasai proses ini.ia begantung pada individu
Jika sebarang healing crisis terjadi seperti demam, jerawat bertambah banyak, gatal-gatal di muka, batuk, berhingus akibat dari makan PMC,.. jgn berhenti... terus kan sahaja....proses penyembuhan sedang berlaku... ia mengeluarkan toksin-toksid di badan kita...insyaALLAH selepas melalui fasa itu,anda akan dapat hasil yang anda harapkan...
P/S:Elakkan dari mengambil sebarang kaifen ye,untuk hasil yang maksimum amalkan mengambil bersama vit c 1000mg
Kesan tindakbalas pemulihan berkemungkinan akan di alami oleh pengguna seperti :
-Mengantuk,
-Sedikit keletihan,
-Sakit kepala,
_selesema dan batuk-
Sedikit rasa sakit-sakit di tempat tertentu (selalunya di organ yang pernah bermasalah dan sedang mengalami masalah.
-Keadaan ini berlaku kerana badan bertindakbalas dalam proses detox( badan membuang TOKSID).
-Bagi yang masalah RESDUNG. pengguna kemungkinan akan berasa gatal mata, hidung berair dan berhingus, ini terjadi kerana kesan tindakbalas positif dan ia hanya bersifat sementara.
-Ia BUKANLAH KESAN SAMPINGAN.
-Pengguna juga kemungkinan akan kerap membuang air kecil untuk minggu pertama.
GUNAKAN TANPA WAS-WAS
kepada customer yang sudah mengunakan collagen rumpai laut ini, kalau sudi share dengan saya testimoni .terima kasih
KOLAGEN MENTAH~ DARI SUMBER RUMPAI LAUT
100% asli, belum diproses, bebas kimia/racun, pewarna, pengawet, steroid, perisa
Selain dari Rumpai Laut Kering, AK Beauty juga menjual produk kecantikan berasaskan Rumpai Laut. Seperti Krim Muka, Masker, Lipbalm @ Lipgloss, Lotion bar, Sabun, dan akan dipelbagaikan lagi mengikut citarasa pelanggan. Boleh custom made mengikut permintaan. Belian secara runcit atau borong..Untuk borong banyak, sila maklumkan awal dan berserta deposit.Jom tengok..ada yg belum diupload pic
Sabun 30gm + Krim Siang 15gm + Krim Malam 15gm=RM40 SAHAJA TERMASUK POSLAJU.
** Nak habiskan edisi krim siang dan krim malam.Limited stock..Next, Krim siang dan malam akan dijadikan satu..boleh digunakan siang dan malam..mudah..tak asing2 dah..nantikan..sape yg nak borong produk berasaskn rumpai boleh booked awal..
1.Keluarkan satu peket atau separuh (ikut suka). 2.Dibersihkan,cuci 3-4kali. 3.Direndam semalaman.dan dicuci lagi keesokkan hari. (air rendaman JANGAN buang..boleh buat rendam kaki @ cuci rambut. 4.Rebus dgn air 2 - 3 liter utk sepeket 100gram. 5.Biarkan mendidih dan isi collagen mula cair.Tapiskn.ambil gumpalan untuk buat masker. 6.Sejukkan dan letakkan dlm tupperware.Boleh dicampur dlm jus atau apa2 minuman.. **ambil 2-3 sudu besar bila2 masa saja dan cmpurkn dlm minumn..
PERHATIAN :
Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita..
Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum & lebih cepat! banyakkan minum air kosong..
Cara Guna Masker
Cuci muka dengan bersih untuk membuka pori2..
Sapu masker rumpai yang telah disejukkan pada muka secara rata..Leher pun boleh sekali.
Biarkan sehingga kering @ sekiranya tidak rimas boleh dibiarkan semalaman.
Bilas dengan air setelah kering.
** Masker ini boleh disapu pada bila2 masa yang penting rajin.Baru lah nampak hasilnya.Baru lah Comey takkkk.... ;-)
Jom tengok resepi berasaskan Rumpai Laut...
RESEPI PMC SOYA RUMPAI LAUT
Cara penyediaan:
1. Basuh pure Collagen bersih-bersih, rendam selama satu malam,kemudian basuh lagi sekali bersih-bersih & masukkan dalam bekas..
2. masak ikut step seperti pic atas sekali.
3. Simpan
4. campur dengan air soya, takder bau, macam jelly cincau jer.
PUDING COLLAGEN
BAHAN:
1/2gelas rumpai laut ( YG sudah di blender atau dipotong )
4 gelassusu penuh krim 1 gelasgula 1 sudu kecil vanila 1 sudu kecil perisa strawberry ( tak nak letak pun bole atau diganti dengan pewarna )
Caranya: -
1. Susu di panaskan hingga mendidih 2. Tambahrumpai lautdanbiarkan iamereneh sehinggaiamemekatkan. 3. Tambahgula,vaniladan perasa strawberry. 4. Masukkan dalam tempat 5. Sejukkan dan letak dalam peti sejuk.
AIS BATU CENDOL RUMPAI LAUT
BAHAN - BAHANNYA : - 1. Susu kental manis putih / coklat 2. air putih 3. ais batu 4. Sirap sesuai selera 5. Buah-buahan yang anda suka 6. Cincau hitam dipotong kecil-kecil untuk menambah kesegaran 7. Selasih 8. Nata de coco / sari kelapa 9. Rumpai laut ( 100gram )
CARA-CARANYA Cara membuat ais campur secara berperingkat:
Pertama, siapkan tempat (mangkuk besar) untuk membuat kuah ais campur. Kenapa harus kuahnya dulu? Agar nanti sewaktu mengacau, bahan-bahan seperti buah-buahan tidak hancur. Siapkan Susu dan sirap secukupnya, lalu dicampur dengan air putih. Aduk hingga rata. Apabila kurang manis, boleh ditambah sirapnya lagi.
Kedua, Masukkan bahan-bahan ais campur ke dalam kuah ais campur yang telah disiapkan. Anda boleh menambah atau mengurangkan bahan-bahan ais campur sesuai selera. Untuk menambah kesegaran, anda boleh tambah cincau hitam atau rumpai laut.
Ketiga, masukkan ais batu ke dalam ais campur. Tuangkan susu lagi keatas ais yang sudah di parut agar terlihat cantik. Anda juga boleh menukar ais batu dengan ais cream sesuai selera anda. Sudah jadi ais campur anda LAI CHEE KANG RUMPAI LAUT
Bahan-bahannya: 1. 15 biji kurma china 2. 15 biji longan kering 3. 15 biji kacang teratai (lotus) (rendam) 4. 15 gram gula batu 5. 10 gram gula merah 6. 5 gram snow fungus 7. 1 litter air 8. 35 gm rumpai laut (belum rendam)
Cara-caranya :- 1) Cuci dan rendam rumpai laut semalaman. Ia akan kembang seperti gambar diatas. 2) Potong rumpai laut kecil-kecil.. lebih kurang 1 inci 3) Panaskan air sehingga mendidih kemudian masukan bahan diatas (kecuali rumpai laut) selama 1/2 jam. 4) Matikan api dan biar air menjadi suam sedikit baru di masukan rumpai laut yang dipotong kecil. 5) Sedia diminum semasa suam atau pun sejuk..
Kerabu Rumpai Laut
Bahan-bahan ( sekali makan )
rumpai laut
sedikit mangga muda - potong nipis2
2 biji tomato - potong sesuka hati
1 ulas bawang besar - potong nipis2
cili padi - kuantiti sesuka hati
3,4 biji limau nipis
garam dan sos ikan**optional
Cara-cara
potong rumpai laut, basuh dgn bersih, ramas dgn garam n potongkan then toskan
gaulkan semua bahan, perah limau n ready to eat..(kalau rasa dia xmenepati citarasa..pepandai la modified..)
dah siap pun..
KERABU SOTONG RUMPAI LAUT
Bahan-bahan: 10 ekor sotong sederhana besar, dipotong dan rebus sekejap. 5 biji cili padi* sedikit belacan goreng* 1 btg serai* (*semua ni dikisar halus) 1biji bawang besar dipotong dadu 1 biji tomato sederhana besar dipotong dadu beberapa helai daun kesum dipotong halus 1 batang bunga kantan dipotong halus 1 sudu besar gula 2 sudu besar sos ikan 2 biji limau nipis
100 gram rumpai laut yang telah direndam semalaman
Cara-caranya, campurkan semua bahan dan tambahkan kerisik serta garam dan gula secukup rasa. Kepedasan bergantung kepada selera masing2. Sedap dimakan bersama-sama ikan terubuk masin.
KERABU DAGING RUMPAI LAUT
Bahan - Bahan:
1. Daging yang telah dibakar/panggang - hiris nipis
2. Rumpai laut -direndam semalaman (potong kasar)
3. 1 labu bawang besar - dimayang
4. 1 ulas bawang putih - hancurkan sedikit
5. Daun ketumbar - dihiris halus
6. Daun Pudina - dihiris halus
7. 3 biji cili padi - dihiris halus
8. Sedikit kicap sotong
9. Sedikit gula
10. 1 biji limau nipis
11. 1 biji tomato - dibelah saiz yang sesuai
Cara cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan yang telah dihiris ke dalam mangkuk. Gaul sekata, perasakan dan sesuaikan rasa dengan gula, kicap sotong dan perahan limau nipis.
2. Biarkan seketika supaya semua bahan mesra sebelum dinikmati.
RESEPI TELUR PUYUH RUMPAI LAUT
Bahan-bahan: 20 biji telur puyuh 20 gm suun goreng 10 gm rumpai laut direndam seketika 1 ulas bawang putih – ditumbuk lumat 3 ulas bawang merah – ditumbuk lumat 1/2 kiub pati ayam 1 biji tomato – dikisar dan ambil airnya 1 sudu kecil serbuk lada sulah 2 sudu besar cili kisar 3 sudu besar sos tomato Minyak untuk menumis
Cara Menyediakan: 1. Rebus telur puyuh hingga masak dan buang kulitnya. Kemudian goreng hingga kekuningan dan ketepikan. 2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. 3. Masukkan cili kisar, pati ayam, jus tomato dan sos tomato. 4. Kacau hingga rata, kemudian masukkan telur. Kacau lagi hingga rata. 5. Masukkan rumpai laut dan taburkan serbuk lada sulah. 6. Setelah masak, angkat dan susun di atas suun yang telah digoreng. Hias dan hidangkan.
BAHAN - BAHAN 100 GRAM RUMPAI LAUT YANG SUDAH DIRENDAM DAN DIBILAS, TOS 3-4 KALI 1 TIN BUAHAN CAMPUR AIR SEJUK AIS
CARA-CARANYA
POTONG KECIL-KECIL RUMPAI LAUT TERSEBUT
SEDIAKAN MANGKUK
MASUKKAN 1 TIN BUAH CAMPUR DAN RUMPAI LAUT YANG DIPOTONG-POTONG KECIL DAN AIR KEDALAM MANGKUK YANG DISEDIAKAN
GAULKAN
UNTUK LEBIH SEDAP , TAMBAH AIS
Sup Rumpai Laut
Rumpai laut atau nama glamournya...Dry seaweed......Biasanya kalau melihat cerita bersiri Korea, sup rumpai laut nie sesuai dimakan oleh mereka yang lepas berpantang. Dalam keluarga TinTa, Aiman yang suka makan sup rumpai laut nie, dia panggil sup nie, Sayur hitam.Mungkin semasa kecil dia dijaga oleh neneknya, tulah sebab anak saya nie mengikut selera neneknya suka mkn sup dan sayur.
BAHAN-BAHAN
air secukupnya
RumPai Laut(direndam dan dicuci)..toskan
6 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar(biar camtu je)
kiub ayam
sedikit isi ayam dicincang(nak guna udang pun boleh)
telur dua biji
sedikit halia diketuk
Tomato(nak letak apa2 sayur pun boleh)
bawang putih dan merah goreng(optional)
Daun Sup
sedikit batang celery dihiris
sedikit minyak masak utk menumis
CARA-CARA MEMBUATNYA
Tumiskan bawang bawang putih yang ditumbuk dan diketuk setelah naik bau
masukkan sedikit halia.
masukkan isi ayam
bila isi ayam dah hampir masak masukkan telur
Bila dah agak garing isi ayam dan telur masukkan air dan juga bawang besar
bila dah mendidih masukkan batang celery dan rumpai laut
Akhir sekali baru masukkan tomato,bawang goreng dan juga daun sup...